Sumbangan Buku dan Majalah serta Peralatan ICT Baru/Terpakai Untuk SK Senawang 3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sedang menganjurkan Program
Bacathon 2019.
Tujuan program
ini diadakan ialah untuk:
- Mengumpul dana bagi melengkapkan keperluan dan keceriaan sekolah serta mewujudkan suasana selesa, positif dan kondusif bagi pembelajaran murid-murid
- Memperlengkapkan Pusat Sumber dengan koleksi bahan-bahan bacaan dalam pelbagai bidang ilmu dan peralatan ICT seperti komputer dan pencetak
- Untuk membiayai pembelian buku Pusat Sumber dan menampung nisbah buku yang masih berkurangan bagi kegunaan murid-murid SK Senawang 3.
Sehubungan
dengan itu, diharap pihak tuan dapat menyumbang dalam bentuk kewangan/
hadiah/barangan
untuk program Bacathon tersebut.
Kerjasama
dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Guru Besar SK Senawang 3
Taman Matahari Indah,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 066791017
No comments:
Post a Comment