Sunday, 16 June 2019

PERKONGSIAN AMALAN BAIK PDPC PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI - BIDANG TILAWAH AL-QURAN

Catatan ini menjadi medan perkongsian amalan terbaik dan inovasi  yang boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti PdPc di samping mengoptimumkan potensi diri Guru Pendidikan Islam/Guru Bahasa Arab.

Semoga perkongsian maklumat, pengalaman dan pengetahuan ini dapat menambah idea untuk menarik minat murid-murid mempelajari Pendidikan Islam sesuai dengan zaman mereka.

Desain PdPc generasi abad ke-21 menjadi topik agak di media sosial bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah "Chalk and Talk" dilihat memerlukan nilaitambah kepada kaedah yang lebih kreatif dan kritis sesuai dengan teknologi dan zaman.

Pelaksanaan PdPc berdasarkan KSSR bermula tahun 2011 adalah merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).


Bidang Tilawah al-Quran

Kaedah PdPc Tilawah al-Quran yang diamalkan adalah Talaqqi Musyafahah sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. 

Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa di Gua Hira’ ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
            Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Lebih mudah ialah, guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan murid dan kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan dengan guru beramai-ramai. Kaedah ini juga dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan malaikat Jibril sekali dalam setahun, dan pada di akhir hayatnya baginda melakukannya 2 kali dalam setahun.
Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.
Di dalam musyafahah terdapat dua cara yang lazim digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru membacakan ayat di hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut al-Mutaqaddimin.[1] Manakala cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru dan guru hanya menyemak serta membetulkan mana-mana bacaan yang salah. Cara ini sering disebut sebagai cara al-Mutaakhirin.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran atau salasilah guru al-Quran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran secara talaqqi musyafahah iaitu langsung dari mulut ke mulut dengan bersemuka secara langsung.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu. Jawab Ubay, “Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi s.a.w., “Allah s.w.t. telah memilih dan menamakan kamu disisiku.” Maka Ubay pun menangis.

            Selain itu, beberapa dalil dari al-Quran yang membuktikan bahawa kaedah talaqqi musyafahah telah diamalkan sejak zaman kerasulan nabi Muhammad s.a.w. lagi hingga ke zaman moden ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran,

(Surah al-Qiyamah: Ayat 16-18)
Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;


Perkembangan teknologi yang berlaku pada hari ini telah menambahkan lagi kaedah PdPc Tilawah al-Quran. Mari kita lihat aplikasi atau laman web yang boleh membantu guru-guru mengajar Tilawah al-Quran yang kreatif dan berkesan yang sesuai dengan zaman.

1. quran.com

Url : https://quran.com/

Laman web ini telah dibangunkan oleh Mohamed el-Mahallawy yang berpengkalan di Silicon Valley, Toronto dan UAE.
Sebelum menggunakan laman web ini, guru-guru dan murid-murid perlu menyediakan beberapa peralatan seperti Laptop/Telefon bimbit, LCD, dan pembesar suara. 

Guru-guru dan murid-murid hanya perlu klik pada surah-surah pilihan. Kita boleh klik pada perkataan atau ayat yang hendak dibaca. Kita juga boleh memilih bacaan qari-qari seluruh dunia untuk membantu kita memperdengarkan bacaan perkataan dan ayat. Begitu juga untuk melihat terjemahan. Ia menyediakan pelbagai bahasa terjemahan. Laman web ini menyediakan pautan waktu Solat dan Hadis. 

Laman web ini terbukti bermanfaat kepada guru-guru dan murid-murid. Mereka boleh melaksanakan membaca al-Quran dan melakukan Flipeed Classroom di mana sahaja mereka berada. 

2. tanzil.com


Url : tanzil.net



Butiran tentang laman web ini :

Tanzil - Quran Navigator

© 2007-2019 Tanzil Project
Tanzil is an international Quranic project aimed at providing a highly-verified precise Quran text (more)

Credits:



Sebelum menggunakan laman web ini, guru-guru dan murid-murid perlu menyediakan beberapa peralatan seperti Laptop/Telefon bimbit, LCD, dan pembesar suara. 

Guru-guru dan murid-murid boleh memilih surah-surah pilihan, ayat, juz atau no muka surat pada sebelah kiri laman web tersebut. Kita boleh klik pada ayat yang hendak dibaca. Kita boleh memilih bacaan qari-qari seluruh dunia untuk membantu kita memperdengarkan bacaan ayat secara berkali-kali. Begitu juga untuk melihat terjemahan. Ia menyediakan pelbagai bahasa terjemahan. 

Laman web ini tidak menggunakan teks resm uthmani. Laman web digunakan untuk mendengar bacaan qari-qari secara berulang-kali dan teks al-Quran dari quran.com digunakan sebagai paparan semasa pdpc.


3. Microsoft Paint


Fungsi /Kegunaan Microsoft Paint adalah untuk pengolah gambar sederhana.
Fungsi tersebut setidaknya sampai rilis versi Windows 7,8, dan 9. Karena untuk versi Windows 10 fungsi aplikasi Paint ini tidak lagi bisa disebut sebagai pengolah gambar sederhana, karena penambahan fitur 2D dan 3D menjadikan aplikasi Paint ini nantinya setara dengan pengolah gambar canggih lainnya.
Meskipun aplikasi Paint ini tergolong aplikasi pengolah gambar sederhana, faktanya aplikasi ini banyak sekali penggunanya. Bukan cuma untuk belajar mewarnai bagi anak-anak saja, tapi juga sering digunakan oleh orang-orang dewasa, khususnya untuk melakukan aktiviti seperti Print Screen, dan Cropping gambar.
Dalam membina bahan bantu mengajar Tilawah al-Quran, Paint sangat membantu menyiapkan bbm dalam masa beberapa saat sahaja. Contohnya, guru hanya melakukan aktiviti Print Screen pada halaman quran.com dan Paste ke dalam Paint. Dengan memilih perkataan atau ayat yang ingin dijadikan bbm, gambar di crop dan disimpan dalam file jpeg atau terus digunakan secara langsung. Guru boleh meminta murid-murid menyebut perkataan yang telah dicrop atau menanda perkataan yang diarahkan.

Menu MS Paint, terdiri dari:
Menu Home, berisi kumpulan ikon Cliptboard, Image, Tools, Brushes, Shapes, Pencils, Fill, dan panel Color.
materi paint menu home pada paint
  • Ikon menu Cliptboard, berfungsi ntuk mengcopy, paste, dan cut image
  • Ikon menu Image, berfungsi untuk menyeleksi bagian gambar, memotong (crop), merisais, dan merubah posisi gambar (rotasi)
  • Ikon menu Tools, berfungsi untuk menggambar menggunakan pencil, mewarnai dengan pain buck, menulis dengan Text (A), menghapus dengan eraser, dan zoom in, zoom out.
  • Brushes, fungsinya untuk memberi sapuan warna sesuai pilihan jenis brush
  • Ikon menu Shapes, fungsinya untuk memilih berbagai bentuk shapes
  • Fill, untuk memilih warna
  • Size, fungsinya untuk memilih ketebalan garis
  • Palet Color, fungsinya untuk memilih jenis warna
Menu View, berisi kumpulan ikon Zoom in, Zoom out, Ruler, Status Bar, dan Full Screen.
menu view pada paint
  • Ikon Zoom In, fungsinya untuk memperbesar tampilan
  • Ikon Zoom Out, fungsinya untuk memperkecil tampilan
  • Ruller, untuk menampilkan ruller / bentuk penggaris pada jendela Paint
  • Status Bar, fungsinya untuk menampilkan status bar Paint ada dibagian paling bawah
  • Full Screen, fungsinya untuk menampilkan image layar penuh
F. Latihan Membuat BBM kalimah atau ayat al-Quran
Pada latihan ini, akan dipelajari / dipraktikan bagaimana cara membuat bbm kalimah atau ayat al-Quran.

Memilih ayat yang akan diberikan tumpuan oleh murid-murid.

Memilih dan melakukan crop  kepada potongan ayat yang akan disoal kepada murid-murid.
I.Latihan Membuat Kaligrafi Dengan MS Paint
Pada latihan ini menu Brushes akan kita eksplorasi, dengan membuat bentuk-bentuk huruf menarik.
membuat kaligrafi di ms paint
Menu yang digunakan pada latihan ini adalah menu Brushes: Oil Brushes, sapuan warna hitam,  dan Crayon, sapuan warna orange.


4. Youtube

Jika anda susah nak bertanya atau malu nak bertanya bagaimana bunyi certain sebutan yang anda tidak pasti, anda juga boleh menggunakan kaedah ini, iaitu belajar melalui Youtube sahaja. Kaedah ini dinamakan sebagai Istima’.

Dengan cara ini pembaca Al-Quran dapat membuat semakan dan terus memperbetulkan bacaan yang salah serta-merta. Namun begitu, ianya juga sangat penting untuk belajar dari guru yang betul dan bertauliah kerana mereka mempunyai autoriti untuk memberi pandangan dan pendapat mereka.

5. Learn Iqra

Guna Apps “Learn Iqra”

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan semua orang ada smartphone masing-masing. Jadi, anda boleh download dan gunakan apps seperti Learn Iqra dan mungkin ada beberapa apps yang lain juga boleh digunakan mengikut apa yang anda mahukan.
Tetapi apa yang menarik mengenai Learn Iqra adalah pengguna boleh belajar pada tahap-tahap tertentu. Dan di dalam setiap tahap, terdapat juga contoh sebutan dan bacaan yang betul untuk dibuat semakan.


No comments:

Post a Comment

PENGGUNAAN QR CODE MEDIUM PENYEBARAN DOKUMEN KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 DSKP SEMAKAN 2017

Kod QR  (singkatan frasa Inggeris  quick response ) adalah sejenis  kod bar  generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi y...